Tuesday, 5 August 2014

Penjagaan Baby Arnab


Kebanyakan Pembela Arnab akan merungut apabila baby-baby arnab mereka mati selepas beberapa hari dibiarkan bersama ibu dalam sangkar yang sama. Semestinya ibu dan anak tidak boleh dipisahkan. Tetapi tidak kesemua arnab boleh menjaga baby mereka dengan sempurna tambahan pula baby yang pertama. Jadi untuk mengelakkan perkara yang buruk itu berlaku. Anda perlu asingkan si ibu dan si anak buat sementara waktu. Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah:-

Langkah-langkah penjagaan baby:-

1. Sebaik sahaja anak arnab dilahirkan, asingkan dalam kandang yang kecil dan dilitupi kain atau bulu ibunya     untuk mengelakkan baby tadi mati kesejukan. Sangkar buat ala-ala kadar je...

2. Bagi penyusuan anak2 arnab ni pulak. Keluarkan ibu arnab dari sangkar, lapik kain di lantai, pegang ibu       arnab tu dalm keadaan baring mengereng dan letak bayi tu di kawasan perut ibu. Macam gambar bawah       ni...



4 new baby...
3. Lepas beberapa minggu, selepas baby dah kuat and bukak mata, korang bole la sekalikan dia dengan           mama diorang, tapi asingkan si jantan



So...Selamat Mendapat Cucu


Mengesan ibu Arnab yang bunting


Kebiasaan arnab yang sudah cukup matang untuk mengawan adalah berusia dlam lingkungan 5 bulan dan ke atas. Proses mengawan mengambil masa yang sekejap sekiranya si betina dan si jantan itu betul-betul serasi. Jika tidak serasi, kemungkinan besar korang tak dapat baby arnab tu or mungkin ambil masa yang lama untuk dapat baby.

Selepas proses mengawan berlaku, korang perlu sentiasa perhatikan arnab betina membuat sarang atau tidak dalam masa sebulan lebih selepas mengawan. Bagaimana korang nak tahu !? perhatikan:-


Antara tanda-tanda ibu Arnab yang bunting:-

Arnab dalam sangkar:

1. Bulu Arnab Betina akan gugur dengan banyak kerana bulu digunakan untuk membuat sarang
2. Penampakan bulu-bulu arnab di suatu sudut dengan banyak

Arnab di kandang terbuka/lantai tanah:

1. Kelihatan Arnab jantan atau betina mengorek lubang untuk sarang
2. Bulu Arnab Betina akan gugur dengan banyak kerana bulu digunakan untuk membuat sarang

Sarang arnab dari bulu...generasi baru welcome!


Sunday, 3 August 2014

Makanan Arnab

Terdapat pelbagai jenis makanan arnab yang boleh kita sediakan seperti sayur-sayuran dan makanan khas yang disediakan seperti pellet arnab/ dedak arnab. Jom kita tengok...



Pallet Arnab

Di bawah ini merupakan makanan khas arnab dalam bentuk pellet/dedak. Kita boleh tengok perbandingan harga makanan arnab. Kalau nak beli untuk sepasang arnab, dalam sekilo sudah mencukupi dan berharga dalam RM 1.50 sekilo. Murah je kan.




Sayur-sayuran/Ulam-Ulaman

Selain dari pellet yang korang rasa malas nak beli atau susah nak jumpa di tempat korang, korang boleh bagi sayur-sayur yang korang suka makan seperti Napier India plant, Kangkung, Ulam Raja, kadok, kubis, lobak merah dan pelbagai jenis ulaman yang kita makan. Sayur-sayuran bukan sahaja mudah dapat dan murah, malahan sayuran ini dapat meningkatkan kualiti arnab anda dari segi bulu dan pembiakkan.

Napier India
 Napier India ni jarang digunakan untuk diberi makan pada arnab. Selalunya digunakan untuk lembu-lembu atau haiwan penternakan ladang yang lain. Tetapi, dalam kita tidak sedar, ia juga digunakan untuk arnab-arnab korang. Saya pernah cuba, Alhamdulillah, arnab saya suka!


Ulam Raja

Ulam raja merupakan sejenis ulam yang sangat berguna kepada korang punya arnab. Air kencing arnab korang akan berubah selepas makan ulam raja dari kuning ke coklat. Tapi itu perkara yang biasa. Ulam raja sangat disukai oleh arnab bebanding makanan lain dengan bau-bauannya yang amat menyegarkan apatah lagi dapat menyembuhkan penyakit yang ada pada arnab korang. So, selamat mencuba

Kangkung
Kangkung dan arnab tidak dapat dipisahkan bagai isi dan kuku...haha, kangkung mudah didapati di paya-paya atau di parit, ia juga sejenis ulaman yang mudah dibiakkan apatah lagi bagi mereka yang tinggal di flat yang tinggi. hanya beli di pasar, ambil akar dia dan cucuk saja di dalam pasu, daun dan batang yang atas boleh buat kangkung belacan, sedap!



Buah-buahan


Selain dari sayuran, ulaman dan pellet, arnab juga semestinya meminati buah-buahan yang kita selalu makan. Jangan takut untuk mencubanya kerana ia berkesan untuk menukar diet arnab korang. Carilah buah-buahan berair dan senang digigit seperti betik, tembikai, epal dan sebagainya.



Nasi Lemak


Haaa!? korang mesti terkejut dengan statement ini. Nasi lemah merupakan sejenis makanan yang mengandungi lemah yang tinggi kerana campuran santan dan nasi itu sendiri. Kebanyakan arnab yang mempunyai bulu lebat adalah kerana lemaknya yang banyak. Jadi, kalau korang teriningin nak bagi korang punya arnab tu ada bulu yang menawan, cubalah. Memang terbaik







#Pesanan: Pastikan makanan arnab anda terselamat dari bahan-bahan yang berbahaya seperti racun rumput dan makanan toksik yang lain kerana ini boleh menyebabkan arnab anda sakit atau mati

Pengenalan

Assalamualikum, post ini mengisahkan dari pengalaman saya selama beberapa tahun membela dan membiak arnab-arnab saya. Pada asalnya, sudah lama saya berkeinginan untuk membela arnab sejak saya di bangku sekolah rendah. Namun, pada waktu itu keluarga saya tidak mengizinkan kerana mengatakan bahawa penjagaan adalah amat sukar. Selepas beberapa tahun kemudian, di bangku sekolah menengah, hajat saya tercapai. Kami membeli sepasang ekor arnab yang berharga sekitar RM 8. Kemudian, saya belajar sendiri bagaimana ingin menjaga dan membiak arnab berdasarkan beberapa articel mengenai arnab. Kini, saya mempunyai lebih dari 50 arnab hanya berbakakan 2 ekor arnab yang asal itu sahaja. Diharapkan blog ini bermanfaat untuk korang semua yang ingin membela arnab. Selamat Mencuba.