Sunday, 3 August 2014

Makanan Arnab

Terdapat pelbagai jenis makanan arnab yang boleh kita sediakan seperti sayur-sayuran dan makanan khas yang disediakan seperti pellet arnab/ dedak arnab. Jom kita tengok...



Pallet Arnab

Di bawah ini merupakan makanan khas arnab dalam bentuk pellet/dedak. Kita boleh tengok perbandingan harga makanan arnab. Kalau nak beli untuk sepasang arnab, dalam sekilo sudah mencukupi dan berharga dalam RM 1.50 sekilo. Murah je kan.




Sayur-sayuran/Ulam-Ulaman

Selain dari pellet yang korang rasa malas nak beli atau susah nak jumpa di tempat korang, korang boleh bagi sayur-sayur yang korang suka makan seperti Napier India plant, Kangkung, Ulam Raja, kadok, kubis, lobak merah dan pelbagai jenis ulaman yang kita makan. Sayur-sayuran bukan sahaja mudah dapat dan murah, malahan sayuran ini dapat meningkatkan kualiti arnab anda dari segi bulu dan pembiakkan.

Napier India
 Napier India ni jarang digunakan untuk diberi makan pada arnab. Selalunya digunakan untuk lembu-lembu atau haiwan penternakan ladang yang lain. Tetapi, dalam kita tidak sedar, ia juga digunakan untuk arnab-arnab korang. Saya pernah cuba, Alhamdulillah, arnab saya suka!


Ulam Raja

Ulam raja merupakan sejenis ulam yang sangat berguna kepada korang punya arnab. Air kencing arnab korang akan berubah selepas makan ulam raja dari kuning ke coklat. Tapi itu perkara yang biasa. Ulam raja sangat disukai oleh arnab bebanding makanan lain dengan bau-bauannya yang amat menyegarkan apatah lagi dapat menyembuhkan penyakit yang ada pada arnab korang. So, selamat mencuba

Kangkung
Kangkung dan arnab tidak dapat dipisahkan bagai isi dan kuku...haha, kangkung mudah didapati di paya-paya atau di parit, ia juga sejenis ulaman yang mudah dibiakkan apatah lagi bagi mereka yang tinggal di flat yang tinggi. hanya beli di pasar, ambil akar dia dan cucuk saja di dalam pasu, daun dan batang yang atas boleh buat kangkung belacan, sedap!



Buah-buahan


Selain dari sayuran, ulaman dan pellet, arnab juga semestinya meminati buah-buahan yang kita selalu makan. Jangan takut untuk mencubanya kerana ia berkesan untuk menukar diet arnab korang. Carilah buah-buahan berair dan senang digigit seperti betik, tembikai, epal dan sebagainya.



Nasi Lemak


Haaa!? korang mesti terkejut dengan statement ini. Nasi lemah merupakan sejenis makanan yang mengandungi lemah yang tinggi kerana campuran santan dan nasi itu sendiri. Kebanyakan arnab yang mempunyai bulu lebat adalah kerana lemaknya yang banyak. Jadi, kalau korang teriningin nak bagi korang punya arnab tu ada bulu yang menawan, cubalah. Memang terbaik







#Pesanan: Pastikan makanan arnab anda terselamat dari bahan-bahan yang berbahaya seperti racun rumput dan makanan toksik yang lain kerana ini boleh menyebabkan arnab anda sakit atau mati

No comments:

Post a Comment