Tuesday 5 August 2014

Mengesan ibu Arnab yang bunting


Kebiasaan arnab yang sudah cukup matang untuk mengawan adalah berusia dlam lingkungan 5 bulan dan ke atas. Proses mengawan mengambil masa yang sekejap sekiranya si betina dan si jantan itu betul-betul serasi. Jika tidak serasi, kemungkinan besar korang tak dapat baby arnab tu or mungkin ambil masa yang lama untuk dapat baby.

Selepas proses mengawan berlaku, korang perlu sentiasa perhatikan arnab betina membuat sarang atau tidak dalam masa sebulan lebih selepas mengawan. Bagaimana korang nak tahu !? perhatikan:-


Antara tanda-tanda ibu Arnab yang bunting:-

Arnab dalam sangkar:

1. Bulu Arnab Betina akan gugur dengan banyak kerana bulu digunakan untuk membuat sarang
2. Penampakan bulu-bulu arnab di suatu sudut dengan banyak

Arnab di kandang terbuka/lantai tanah:

1. Kelihatan Arnab jantan atau betina mengorek lubang untuk sarang
2. Bulu Arnab Betina akan gugur dengan banyak kerana bulu digunakan untuk membuat sarang

Sarang arnab dari bulu...generasi baru welcome!


No comments:

Post a Comment